Norma Baharu Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti PPR Seduan Rantau Panjang untuk mempunyai akses kepada internet dan kemudahan komputer.

Bagi pelajar IPT yang mempunyai masalah "line" dan ada kelas secara online, bolehlah berkunjung ke Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang.

Sejajar dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kini, pengguna internet di PPR Seduan Rantau Panjang hanya dibenarkan terhad kepada 5 orang dalam satu-satu masa dan diwajibkan untuk menggunakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Suhu dan nama juga akan direkod bagi tujuan pemantauan. Bagi pengguna yang mempunyai aplikasi MySejahtera, QR kod MySejahtera juga telah disediakan bagi memudahkan urusan pendaftaran masuk pengguna ke pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali